Thursday, November 27, 2008

tumpang lalu ..


inilah first time aku nak joint komuniti blog iskandarian86.
terima kasih pada shariman yang susah payah mengumpulkan kawan-kawan masa sekolah kat parit dan ajar aku cara nak "memblogging" ni.

aku memang bangga dapat sekolah kat srk iskandar shah parit (orang parit kata sekolah orang putih). kalau tak ada sekolah tu , tak jadilah aku orang macam sekarang.

Wednesday, November 26, 2008

sotong masak pedas satu ..


aku jumpa raja ahmad malam tadi kat pandan jaya. dah kebetulan aku ada kat kl , aku ajak dia keluar dinner sekali.hujan lebat giler kat kl masa tu .

terkezut aku bila lihat perubahan raja sekarang.dah tak kurus macam dulu (badan dia dah berketul sekarang , angkat besi kot ..). kira macho habislah.
muka pun berubah habis , tak macam dulu-dulu.apa pun aku gembira dapat reunited baik. sembang lebih kurang ..citer kisah dulu-dulu. dapat info pasal norman , badrul dan sorang berdua budak lain. aku gerak balik shah alam 9.30 pm.

permintaan dari raja aku tunaikan dalam blog ini. sak..sikan.

Sunday, November 23, 2008

saja menulis

salam semua ,
lama aku tak masuk blog ni , adalah dalam seminggu (keje tengah bertimbun).

apa pun , terima kasih aku ucapkan kepada mereka2 yang telah mendaftar diri menjadi team iskandarian86 (red-rangers , suhaila , ishak dan buyung_ans). secara auto-matik anda semua bolehlah mula menulis ke dalam blog ini (taklah boring aku sorang jer yang menulis).

tahniah kepada suhaila dan suami atas kedatangan "orang baru". tahniah juga kepada ishak (cuti sekolah dah start). buyung_ans aku tak tau nak ucap apa (mike tak kenalkan diri , mana teman kenal).

meor azman dah contact aku last week. bertambah lagilah ahli kita. pasal meor , aku dok ingat satu jer , dulu dia ada masuk kuiz "who wants to be a millionaire" , yang selalu cakap " anda pasti" , "muktamad" , "tiada lagi talian hayat". tapi yang aku tengok hari tu dia sampai takat pusingan kelayakan jer (yang tunggu lampu menyala pada peserta baru boleh masuk contest). lepas tu aku dah tak dengar citer dia lagilah.

cuma masa introduction , jalaludin hassan cakap "meor azman dari kota kinabalu , sabah". itulah satu yang aku pelik sekali masa tu .. tapi sekarang aku dah tahu jawapannya. apa pun selamat datang "mr keamatan"

Monday, November 17, 2008

tapak sekolah lama sk parit



akan datang : satu dua , tiga lagi ...


budak laki-laki selalunya main bola , budak pompuan aku dah lupa
main apa ..

kawasan umah lama maharnisah


sekarang family dia dah tak dok kat sini lagi.
berpindah ke taman kat jalan batu 7 (menghala ke ipoh)

Sunday, November 16, 2008

10.00 am suatu ketika dulu



kita pernah "menapak" sepanjang jalan ini untuk ke kantin sekolah masa rehat.
waktu time belajar kat blok c.
tapi ada jugak , yang maleh menapak , gi makan kat kantin sekolah kebangsaan parit (sebelah blok kita).