Tuesday, June 23, 2009

tak habis-habis





b.malaysia/b.inggeris .. sampai bila nak berhenti bertelagah aku pun tak tahu. demonstarsi , berdebat sana sini , komen di akhbar banyak yang dah keluar.

aku vote for english (demokrasi apa..). bukan pasal aku dok bandar ke atau belajar overseas ker. aku masih rakyat malaysia yang berpegang teguh pada bahasa kebangsaan/bahasa ibunda iaitu bahasa malaysia.

mesti ramai yang marah kat aku ni. bukan pasal aku tak patriotik atau aku lupa asal usul aku (sebab aku sokong science dan maths dalam english), fikirkan masa depan anak-anak kita. kita jangan pentingkan diri kita saja , untuk kesenangan kita yang tak sudah-sudah.

semua nak senang jer. kalu boleh tak payah ambil exam , lulus terus pun aku rasa mesti orang berebut nak punya. tak payah baca buku.

kita ni umur dah meningkat dan tak lama lagi jer hidup , anak-anak kita yang kecil-kecil ni jauh lagi perjalanan hidup mereka untuk terus survive dan yang akan memikul beban yang amat berat ni.

sudah-sudahlah. anak-anak kita yang akan mencorakkan masa depan negara kita nanti. kasihanilah mereka ,jangan pasal kita mereka ini semua akan ketinggalan dalam arus persaingan sengit bersaing dengn bangsa lain untuk mengejar kemajuan sains dan teknologi.

sekarang bukannya masa untuk berselisih pendapat , tapi bersama-sama bantu membantu mencari counter measures untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada anak-anak kita ,guru-guru (minta maaf jika ada) , prasarana dan kemudahan yang boleh untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris kepada anak-anak kita.

misi ini ibarat satu peperangan yang hebat di medan tempur (tengok aku ok apa ,boleh bersajak lagi..). kita tak boleh berundur/melarikan diri semata-mata kita tidak bersetuju/gembira dengan objektif pasukan kita. tapi kita kena berjuang sama berhabis-habisan dengan segala apa keringat yang ada dalam untuk memastikan gerombolan tentera-tentera muda kita dimasa-masa akan datang akan berjaya bertempur dan memenangi pertempuran di medan perang. tak ada masa lagi untuk berundur atau memberi seribu macam alasan untuk tidak ke medan perang.

jangan fikirkan untuk lulus periksa sahaja tapi fikirkan bahasa inggeris itu boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk anak-anak kita menguasai bahasa inggeris sebagai bahasa pengantaraan yang rasmi seperti bahasa melayu , arab dan lain-lain.

meluat aku dengar komen-komen yang mengatakan orang jepun,russia tak utamakan bahasa inggeris boleh jadi bangsa yang maju. betul.. memang betul tapi cubalah buat keje sekolah sikit/periksa cth. Pengerusi Toyota spt kiichiro toyoda , fujio cho yang berjaya menakluk pasaran global dengan vios , altis , camry tu berurusan keje guna bahasa apa? dengan bahasa jepun ke toyota dapat menjadi pengeluar kenderaan kereta nombor dua terbesar di dunia di belakang general motors.

bagi aku ini semua "fear factors" jer , takut nak buat benda baru dan sentiasa berangan dan rasa selesa dengan apa yang ada (walau pun tak tahu berapa lama lagi jer boleh bertahan).

roman abramovich , jutawan russia yang kaya raya (pemilik chelsea football club)berurusan dalam perdagangan petoleumnya menggunakan bahasa apa? kenapa carlos ancelotti pengurus baru pasukan chelsea , sanggup belajar kursus kilat bahasa inggeris selama setahun sebelum menyerti chelsea semata-mata untuk memastikan pasukan chelsea yang dianggotai oleh multi-national players spt. drogba , peter chech dll dapat menerima arahan secara terus dan jelas daripada ancelotti tanpa perlu melalui penterjemah bahasa. pelik jugak kenapa ancelotti enggan bertutur bahasa itali sewaktu di chelsea nanti.

juande ramos (ex-spurs coach 2008) contoh terbaik jurulatih bola sepak yang gagal dalam kariernya kerana menggunakan bahasa tempatannya untuk melatih pasukan yang dianggotai oleh pasukan yang berlatar belakangkan bahasa inggeris. di sevilla , bolehlah dua kali berturut-turut jadi uefa champions. mai ke spurs tu dia , kena ask to resign lagi sebab spurs jatuh terpersorok di bawah tangga liga akibat kedegilan beliau untuk tidak mempelajari dan menggunakan bahasa inggeris secara terus dalam arahan kepada pemain-pemain.

aku pun ada bertegang leher dengan guru maths di sekolah anak aku kerana menggunakan tata bahasa bahasa inggeris (yang bagi aku ..) tunggang langgang sewaktu memberi soalan peperiksan penggal dalam bahasa inggeris. bukan sahaja anak aku sendiri confuse , aku pun confuse masa baca soalan tersebut. tapi tak pa , yang penting mesej aku pada dia harap dia faham kenapa aku angin jer semacam hari tu. aku harap dia improve balik (attend kursus balik ker..) walau pun aku tak puas hati pasal cikgu tu dok kata grammar dia jer yang betul

apa pun , kalu nak jugak guna bahasa malaysia dalam science dan maths , lepas ni aku fikir aku nak apply buat part time translate buku science dan maths ke dalam bahasa malaysia. duit tu .. mungkin sapa-sapa yang kuat bangkang ni pun boleh joint sama.


"jalan kena ke depan dan jangan pandang belakang".